About Me

My photo
Capricorn. Internet freak. Love to eat.

Tuesday, 15 April 2014

2014-03


Dulu kalau marah, lepaskan je.
Dulu kalau sedih, menangis je.
Dulu kalau terasa, cakap je.
Itu, dulu-dulu.


Sekarang kalau marah, diam je.
Sekarang kalau sedih, diam je.
Sekarang kalau terasa, diam je.
Itu, sekarang.



Penat? Mungkin.
Bisu? Tak.
Dah takde perasaan? Ye kot.
Ataupun dah mati sebelum benar2 mati? Ntah la.




Saturday, 12 April 2014

2014-02


Kalau saya dah takde nanti, mesti awak akan rindu saya kan sayang?
*senyum*



Monday, 3 March 2014

2014-01


Hujan.

Bagi aku, hujan harini lain dari selalu.


Ada value tersendiri.
Ada impak untuk emosi dan memori.



Hujan harini...

Ceiling jatuh tak jauh dari tempat aku duduk buat aku terfikir, will my day become more worse than this?

Hujan harini...

Banyak pokok tumbang tepi jalan buat aku terfikir, will I fall like that one day?

Hujan harini...

Aku homeless.



Entri pertama aku untuk 2014, aku homeless. Heh.

Saturday, 9 November 2013

2013-25


Dulu, aku pernah tanya:

"Aku dah sampai tahap macam ni, nanti2, ada lagi ke bahagia untuk aku?"


Dan.
Aku dah jumpa bahagia tu. Yay!

Dia datang dengan cara yang tak disangka-sangka. Dalam medium yang aku tak pernah terfikir aku akan jumpa bahagia. 

Apa yang aku minta, sebolehnya dia cuba bagi. Aku nampak sayang dia pada aku. Aku nampak usaha dia. Cuma, aku harap apa yang aku dapat, apa yang dia bagi sejak awal perkenalan kami sampai la masa akan datang nanti takkan pernah berkurang. Aku suka rasa tu.


Sayang,

Kalau awak baca ni...  Terima kasih sebab datang dalam hidup saya dan bawa bahagia yang saya fikir dah takkan ada. Awak cakap saya terlalu banyak ucap terima kasih. Kalau awak nak tau, terima kasih pun sebenarnya tak cukup untuk semua yang dah awak bagi pada saya. Saya sayang awak. Sangat. Saya bagi semua hati saya untuk awak. Saya terlalu percayakan awak. Walaupun orang cakap, simpan sikit hati tu, jangan bagi semua hati tu nanti takut bila dia pecahkan saya dah takde hati yang tinggal...saya cakap takpe. Samada saya ada kesemua hati saya, atau biar takde langsung. Biar samada hidup, atau terus mati. Saya dah taknak separuh2. Sebab, saya taknak hidup tapi rasa mati.



Saturday, 14 September 2013

2013-24


Baring sambil pandang kipas.
Aku terfikir, macam mana hidup aku boleh jadi sampai macam ni?

Defense mechanism?
Rebel?

Monday, 9 September 2013

Wednesday, 28 August 2013

2013-22



Belum lagi aku pergi dari sini, aku dah rindu kat tempat ni. Jarang aku rasa macam ni. Selalu, nak cepat je tinggalkan sini. Mungkin, perubahan persekitaran mempengaruhi. Environment kat sini dah makin positive. Better dari dulu. A lot.

Belum lagi dia pergi dari sini, aku dah rindu dia. Mungkin sebab aku luang banyak masa dengan dia. Bila dia balik kerja, kami borak2 depan tv sambil makan. Bila dia tak kerja, kami keluar jalan2. Dia pun, makin matang.

Belum pape lagi, aku dah rindu segala2nya tentang tempat ni, orang2 kat sini, kenangan2 kat sini. 


Lebih kurang tiga bulan ni, masa terbaik yang pernah aku habiskan. Sungguh.
Positive. Bahagia. Kadang2 pahit tu, biasa la. Pelengkap rasa orang kata. 

Aku rasa aku seperti "dihidupkan semula". 
Jadi, nak kembali ke tempat yang "bunuh" aku, buat aku rasa huru hara.
Nak tinggalkan tempat ni dan kembali ke "neraka dunia", dalam hati aku hanya Tuhan yang tahu. 
Aku taknak "dibunuh" lagi. Aku baru nak "bernafas semula". 

Tapi, 
Macam mana aku taknak pun, aku tetap kena balik ke sana- "neraka dunia".




Sabar la, dania.
Bertahan sikit je lagi. *sigh*

Thursday, 15 August 2013

2013-21


"Aku rasa..."
Selalunya, kata2 mati sampai di situ. Kalau bersambung pun, "entahla" saja yang mampu terucap. Mungkin sebab macam mana cerita pun, orang tak faham. Memang tak faham ke, buat2 tak faham ke, memang taknak faham ke, faham buat2 tak faham ke, tak faham buat2 faham ke, tak tau la. Sia2. Atau mungkin juga dah kehabisan kata2. Dalam kamus tinggal perkataan entahla je.

***

Bila dah terbiasa sorang2, ada orang cakap "tak elok macam tu..." 
Kenapa? Apa yang tak elok nya?

Makan sorang2.
Jalan sorang2.
Sakit sorang2.
Nanti mati pon sorang2.

Sorang2 tak bermaksud nak sombong, bongkak. Cuma, tak nak menyusahkan orang. Taknak tengok muka terpaksa orang bila kena minta tolong. Orang zaman sekarang busy. Masa untuk diri sendiri, untuk pakwe/makwe lagi, mana cukup kalau tambah untuk yang bukan siapa2 dalam hidup dorang. Sehari 24 jam je. Jadi, apa salahnya kalau nak biasakan diri sorang2. Berdikari apa. Lagipon, dulu bila buka ruang untuk orang lain, yang sakit kita jugak. Kemain hati kau kena belasah. Mentang2 kita malas nak gaduh. So? Bukan nak sorang2 sampai jadi anti sosial, hidup dalam gua tu... Just, taknak expect anything from anybody. Senang cerita, kalau orang tak boleh tolong pon, boleh kasi setel sendiri. Takde la makan hati sangat bila tak mengharapkan orang. Ye dak?




Menda ntah merapu. 

Thursday, 18 July 2013

2013-20


"Kau yang tolak orang yang datang dalam hidup kau. Pagar hati kau. Jadi, semua ni salah kau la."

Macam mana aku tak tolak orang yang datang dalam hidup aku, pagar hati aku kalau semua yang datang end up hancurkan hati aku? Kau ingat senang nak pulihkan heart broken? Baru nak bangun semula, orang tolak kau, ranapkan hati kau. Berulang kali. Percayalah, bila semua tu berlaku berulang2 kali lama2 kau akan secara tak sedar tolak semua orang untuk kononnya protect yourself, your heart.

"Apa kau nak sebenarnya."

Aku taknak banyak. Aku cuma nak hati yang ada rasa. Hati aku sekarang, tawar. Mungkin mekanisma rasa dah musnah. Oh, aku jugak nak orang berhenti hentak hati aku. Tak perlu tatang, cukup sekadar jangan tambah kerosakan yang dah ada. Kesian dia.




**Aku dah sampai tahap macam ni, nanti2, ada lagi ke bahagia untuk aku?

Sunday, 14 July 2013

2013-19


Sebulan dua ney, dia banyak memerhati daripada bercakap. Selalu pun, memang dia lebih memerhati daripada bercakap. Cuma, kali ney lebihnya tu banyak.

Apa yang dia nampak, fikir, dengar, semua dia simpan sorang2. Daripada pemerhatian dia orang taknak tahu,dengar, peduli pun pasal orang lain. Lagi2, orang dewasa. Kebanyakan mereka hanya pura2. Kalau betul mereka peduli, mana mereka bila dia perlukan? Mereka cuma hadir untuk kutip input2 gosip buat mereka canang tepi jalan, atas sofa ruang tamu, bawah pokok, atau di mana2 saja. Manusia kadang2 lebih dahagakan penerimaan daripada seorang saudara/kawan dan untuk diterima mereka sanggup buat apa saja.



She keeps searching a reason to trust, to care, to be kind or even to live,
but,
They keep smashing every reason she has.
Every excuses she makes, to
stay trust, care, kind, and live a life.

She keeps fixing.
But, each and everyday it just worsen.
She cannot fix anything anymore.

She lost hope.
She doesn't trust anymore.
She doesn't want to care.
She will never be kind again.
She has no reason to live a happy life.

She realize she only has a reason to live.
Not a happy life, but,
a complicated one. And
She will live that life.
She has to. For a reason.

Let only she knows the reason
so that they won't smash that one too.

Tuesday, 25 June 2013

2013-18


Words
can't describe
her feeling.

Poor that little girl.

Sunday, 23 June 2013

2013-17


She
is a lost soul
from
a broken family.

What do you expect from her?

Tuesday, 11 June 2013

2013-16


Ada masa, dia rasa dia nekad nak balas balik semua perbuatan orang yang pernah sakitkan dia.
Ada masa, dia sedar dia tak patut ikut hati.
Ada masa, dia berperang dengan logik dan emosi.

Tapi,

Apa yang dia fikir sekarang...
Alangkah bagus kalau dia amnesia.
Sekurang-kurangnya, dia tak rasa apa yang sedang dia rasa.



Dia dah hilang segala-galanya.
Apalah sangat kalau hilang ingatan, kan?
Bukan banyak pon kenangan indah yang nak dia simpan.

Saturday, 1 June 2013

2013-15


5 stages of loss and grief:
  1. Denial
  2. Anger
  3. Bargaining
  4. Depression
  5. Acceptance
 

Tuesday, 21 May 2013

2013-14 (1234)

I.

"You will be ok. Time will heal."

Lebih kurang empat tahun lepas, masa dia ditinggalkan oleh orang paling dia sayang, orang paling dia rapat, seseorang pernah cakap pada dia semuanya tentang masa. Masa akan ubah segalanya. Satu hari nanti, dia boleh terima. Dia boleh redha. 

Empat tahun. 

Still, she can't accept the fact all these happen to her. Still, dia tak boleh terima apa yang berlaku. Still, dia memberontak dalam diam. Rasa ditinggalkan bukan satu rasa yang manis. Selalu ditinggalkan bukan sesuatu yang hati dia boleh terima walaupun mulut kata tak apa, "aku" dah biasa. Jadi, betul ke semua tentang masa?


II.

"I will be fine. I am a strong girl. I can endure well."

Dia cuba positif. Tapi, kadang2 dia kalah dengan diri sendiri. Persekitaran dan pengalaman, sedikit sebanyak membuat dia terkesan dengan istilah paranoid. Bukan dia minta, tapi dia terpaksa. Salah dia ke?


III.

Sakit. Bila hanya mampu memendam rasa.  
Rasa yang terkunci. Terkurung. Tak mampu dilepaskan- pengakhirannya mati. 


IV.

Kalau aku mampu bunuh rasa, mungkin saat ini aku cuma jasad tanpa jiwa.  

Saturday, 18 May 2013

2013-13


I hate her! I hate him! I hate them!


Rasa yang aku rasa, rasa yang kau tanam sejak dulu.
Rasa yang kau baja dan siram.
Sampai rasa ney tumbuh berakar.
Sampai berbunga benci.